Monday, March 30, 2009

Rumah UMNO menanti penghuni baru


1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

Read more...

Monday, March 23, 2009

Bermulanya Persidangan UMNO

Harap-harap dengan kepimpinan yang baru ini dapat menyatu padukan semula semangat dan ikatan orang melayu yang 'SEMAKIN TERUK', melayu sesama melayu bergaduh, bangsa asing bertepuk tangan dan senyum melihat orang melayu yang semakin tidak sedar, bahawa diri mereka sedang ditertawakan....Bangkitlah orang melayu jangan asyik bertelagah, orang lain sedang melihat kelakuan kita, anak-anak muda tolonglah jangan khayal dengan kesenangan yang ada sekarang bangkit dan sambunglah perjuangan datuk nenek moyang kita. Tanpa mereka siapalah kita.....Kepada calon-calon yang akan bertanding good luck setiap orang calon mempunyai matlamat masing-masing, kepada perwakilan pilihlah calon yang terbaik untuk rakyat dan negara......'NEGARA MAJU KERANA PEMIMPIN, RAKYAT BAHAGIA KERANA KEPIMPINAN'...

Read more...

Tuesday, March 17, 2009

Satu Keluarga, Satu Ideologi, Mulut Lain-lain... Dah Nasib Badan...


Akibat kelancangan mulut!!!


17 Mac 2009 pasti akan diingati oleh dua beranak dari keluarga yang mempunyai latarbelakang undang-undang.

Nombor Satu

Hari ini, Karpal Singh, bapa kepada Gobind Singh, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar yang dilakukan berkaitan dengan Sultan Perak di pejabatnya Tetuan Karpal Singah & Co, No 67, Jalan Pudu Lama antara jam 12 tengahari dan 12.30 petang pada 6 Februari lalu.

Karpal didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000.00 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Karpal diwakili 13 orang peguam termasuk 4 orang anaknya. Karpal tidak mengaku bersalah.


Nombor Dua

Hari ini adalah hari pertama. Ada 364 hari lagi untuk Gobind Singh,anak kepada Karpal Singh, kembali ke sidang Dewan setelah digantung selama 12 bulan.

Sudahlah tidak dibenarkan hadir, elaun dan kemudahan Ahli Parlimen juga tidak akan diterima sepanjang tempoh tersebut. Hai la badan...

Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Nak bekerjasama pun susah...

Pakatan tetap 3 syarat bekerjasama dengan BN: Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meletakkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


----------------------------------------------------------------------------------

Begitulah kalau dah nama pembangkang, kita nak mereka bekerjasama, tetapi siap nak letak syarat pulak. Kenapa nak bersyarat pulak? Nak membela nasib rakyat ke nak menjaga kantung sendiri? Nauzubillah... Kami berharaplah agar Kerajaan tidak tunduk kepada desakan mereka. Ini adalah skrip terbaru Pembangkang dan Anwar khususnya. Nasib rakyat akan terbela selagi UMNO dan BN menerajui negara.

Fitnah dan kezaliman melalui media massa minta dihentikan? Abis... fitnah yang pembangkang buat dalam harakahdaily, suara keadilan macammana? bukan fitnah ke?

Bubar DUN Perak? Lupakah? Sultan Perak yang berhak membubarkan DUN Perak, bukan BN... Bukan DS Najib...

Ini semua agenda pembangkang untuk melemahkan Kerajaan BN.

Read more...

Peloton

Tentang Suara Bangsa

Suara Bangsa tampil ke depan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Tiada apa yang mampu menghalang kami dari mempertahankan Alif Ba dan Ta.

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP