Tuesday, September 8, 2009

Khalid Gagap Mungkir Janji

Belum sampai tempoh seminggu, Khalid telah mungkir janji! Semasa sesi dialog isu pembinaan kuil di Seksyen 23 yang lepas, Khalid cakap tak akan sentuh isu ini. Tetapi, tup tup kata teruskan pula. Nampaknya penyakit songsang Anwar dah menjalar dalam diri Khalid. Lidah cabang-cabang banyak-banyak agaknya. Agaknya masa Khalid cakap tak akan teruskan isu pembinaan kuil, dalam hati dia cakap

Jangan harap aku tak teruskan, kalau tak cakap macam ni, mau lebam muka aku kena campak kerusi.

Sudahlah datang ke kawasan baru yang katanya lebih kurang 400 meter dari tempat asal tak nak panggil wakil penduduk. Takut la tu. Sebab telah meludah ke langit, ludah tu kena muka sendiri.
Apapun, tahniah la Khalid di atas tindakan encik ye. Tindakan yang menggambarkan yang encik memang tidak pandai memerintah dan mentadbir.
Penulis sekali lagi menjangka, inilah antara petunjuk Allah di atas keengganan pemimpin songsang yang disanjung2 melafazkan sumpah mubahalah. Allah Maha Kuasa.

Read more...

Thursday, September 3, 2009

Pembangkang Perak 'Gila Kuasa'

Umum mengetahui, Pembangkang di Perak ditunggangi oleh DAP dan mengudakan PKR dan PAS. Itulah kenyataan dan realiti yang kita semua ketahui. Tetapi, mereka tetap menidakkan sebagaimana skrip yang telah diaturkan oleh Nuar Jubuq.

Begitulah mereka apabila dapat berkuasa 11 bulan. Bak kata tagline Berita Harian hari ini, 'Bawah pokok ke hotel'. Kiranya mereka ni macam melepas gian. Dimanakah integriti mereka selalu Wakil Rakyat yang dipilih semasa PRU12 yang lepas?

Kekecohan sengaja ditimbulkan di hadapan Bangunan SUK. Dasar manusia tidak mengenang budi. Lihatlah perangai Ngeh dan ADUN pembangkang yang lain. Sama macam di Permatang Pasir, MP PAdang Serai samseng menumbuk polis.
Bila melihat gambar di hadapan Berita Harian, teringat penulis kepada Mesyuarat Pemuda yang penulis hadiri di peringkat Bahagian. Dengan susunan kerusinya, cuma yang membezakannya, kami tidak pula meletak meja sebagaimana kedudukan Sivakumar.

Sudahlah Sivakumar mengeluarkan notis bersidang tidak sah. Membelakangkan Sultan. Sekali lagi, DAP telah mengkudakan PKR dan PAS. Bersungguh-sungguh Nizar menulis semasa dalam persidangan hotel semalam sebagaimana yang dipaparkan dalam Buletin Utama. Nak tergelak pun macam dah tak boleh bila melihat gelagat mereka.

Apa-apa pun, penulis merasakan yang Pembangkang semakin melalut sebagaimana melalutnya Nik Aziz baru-baru ini. Sekali lagi Penulis terfikir, adakah ini petunjuk Yang Maha Esa hendak tunjukkan setelah keengganan Ketua Pembangkang membuat sumpah muhabalah?

Hanya Allah Jua Yang Tahu.

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Sambutan Kemerdekaan ke-52 Peringkat Negeri Johor

Seramai 6 orang anggota dari JASA Johor Bahru telah dilantik mewakili JASA Johor untuk menyertai Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di Stadium Larkin. Mereka adalah Sdr Azizul, Sdr Mohd Farhan, Sdr Najahan, Sdri Aminah, Sdri Nor Fadillah dan Sdri Norwati.

Berikut sedikit gambar suasana sambutan.





Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Suasana panas di sini...

Alhamdulillah, cuaca baik pada hari ini untuk membolehkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suasana di Peti Undi Kubang Semang panas. Jentera haram Pakatan Rakyat yang dok sibuk jadi perayu undi telah menyesakkan jalanraya. Pihak polis dan FRU terpaksa digunakan untuk menyuraikan mereka. Tidak pula penulis nampak penyokong BN. Nampak sangat depa ni tak endah dengan arahan pihak berkuasa dan SPR sendiri. Ketegaq!

TETAPI, dua aduan yang penulis terima.
  1. Ada jentera Barisan Nasional yang cedera dibaling batu semasa menunggang basikal.
  2. Ada jentera Barisan Nasional yang diarahkan membuka baju yang dipakai oleh mereka. Memang dasar komunis la orang-orang Pakatan Rakyat. Teringat penulis pada cerita Bukit Kepong. Macam tulah komunis merampas bas dan mengarahkan pemuda-pemuda membuka baju. Suka hati depa ja.
Ok la sekian, laporan serba ringkas dari sini. Kesesakan semakin buruk di sekitar kawasan pengundian.

Read more...

Monday, August 24, 2009

25 Agenda Halus DAP

25 Agenda Halus Kerajaan DAP Hina Islam & Hancur Melayu Pulau Pinang. PAS Tak Mampu Halang
  1. Arak dibenarkan dijual secara terbuka dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri. Terbukti semasa sambutan Hari Belia Negeri di Autocity.
  2. Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi menjalankan kepentingan politik DAP menghancurkan geo-politik Melayu Pulau Pinang. Tanah Wakaf Melayu merupakan sasaran pertama.
  3. Dasar kelulusan terbuka tukar syarat tanah akan dilaksanakan di kawasan Parlimen milik Melayu di mana status tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman, akan dilakukan secara terbuka tanpa sekatan.
  4. Kerajaan DAP mewajibkan pengisian dan penempatan jawatann Pegawai Kerajaan Gred 48 ke atas perlu mendapatkan kebenaran Lim Guan Eng. Kejayaan pertama, LGE berjaya menempatkan penyokong DAP sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) di Balik Pulau yang merupakan kawasan majoriti masyarakat Melayu.
  5. Pemimpin DAP Negeri campur tangan dalam pengurusan zakat negeri. Sebagai Bukan Islam, LGE tidak ada hak untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam. LGE dikatakan meminta wang zakat bagi urusan bukan Islam.
  6. LGE mendesak supaya jawatan EXCO Portfolio Pembangunan Tanah diberi kepada beliau kerana tanah merupakan senjata utama mereka untuk menghalau orang Melayu dari Pulau Pinang. Taktik yang sama digunakan Lee Kuan Yew menghapuskan ketuanan Melayu di Singapura.
  7. Lim Guan Eng mendesak supaya beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender Penang Development Corp (PDC) dan PBA Pulau Pinang. Wujud conflict of interest kerana LGE ada misi dan kepentingan tersendiri.
  8. Guan Eng menghapuskan syarat wajibkan pemaju swasta membina rumah kos rendah dalam projek perumahan. Dengan ini semakin ramai rakyat kurang mampu khususnya orang Melayu untuk memiliki rumah.
  9. Kerajaan DAP telah merampas tanah seluas 140 ekar di Pondok Upeh, Balik Pulau (kawasan orang Melayu) untuk dibina pusat Pengajian tinggi ala Cina. Projek ini dikatakan kerjasama Pulau Pinang dan Singapura serta Pulau Pinang dan China. Inilah strategi jangka panjang DAP mengganggu geo-politik Melayu Pulau Pinang.
  10. Guan Geng memperlekehkan dan mempersendakan cara tadbir Khalifah Umar Abdul Aziz. Pusat judi, rumah urut dan premis arak & maksiat semakin bertambah tanpa ada kawalan. Konon ikut cara PAS. Terang-terang Melayu ditipu konon mentadbir macam PAS.
  11. Pengumuman mentadbir mengikut Umar Abdul Aziz hanya gimik politik untuk mengaburi rakyat. Lim Guan Eng hanya membayar elaun RM50 sebulan kepada guru KAFA berbanding Kerajaan Pusat yang membayar elaun RM500. Lihat, depa tipu rakyat lagi.
  12. Rumah Ibadat Bukan Islam (tokong, kuil, gereja) tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tetapi, Masjid Jalan Kelawei dilambatkan pembinaannya. Syarat MPPP tidak munasabah langsung, Munasarawak agaknya. Tipu lagi.
  13. Wakil rakyat Melayu dan Islam tidak pernah diberi kuasa mutlak oleh Lim Guan Eng. Timb. Menteri dan EXCO Melayu (Mansor & Malik) adalah boneka semata Lim Guan Eng. Sebenarnya, parti yang memerintah Pulau Pinang bukanlah Pakatan rakyat, tetapi HANYALAH DAP yang anti-Melayu.
  14. Ahli Majlis Kerajaan tempatan Melayu dalam PAS dan PKR tidak pernah diiktiraf dan dihormati oleh DAP walaupun berada dalam pakatan sendiri. Johari Kassim (PKR) dipecat oleh Lim Guan Eng yang memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP. Razali Abdullah (MPPP) pula dihina dengan tuduhan ekstrimis Islamm oleh YB Jeff Ooi.
  15. Jeff Ooi tidak diambil tindakan keras selepas menghina Razali. Malah hanya disuruh meminta maaf. Tapi Jeff Ooi angkuh tak mahu minta maaf.
  16. Allahyarham Bekas ADUN Permatang Pasir juga tidak dilantik dalam EXCO walaupun sudah menjadi wakil rakyat selama 3 penggal. DAP memang tidak menghormati PAS.
  17. Tender perolehan Kerajaan dibuka seluas-luasnya kepada kontraktor semua bangsa termasuk warga asing. Lim Guan Eng mengkhianati Dasar Ekonomi Baru dan menyebabkan 1800 kontraktor Melayu gulung tikar.
  18. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dihina dengan tindakan menambah bahasa lain (Bahasa Ondia) pada papan tanda jalan di Georgetown.
  19. Tindakan Lim Guan Eng memansuhkan saman parking PBT mengakibatkan Kerajaan Negeri hilang hasil sebanyak RM34juta. Golongan manakah yang paling banyak dikenakan saman PBT kalau bukan taiko-taiko Cina?
  20. Kerajaan DAP meluluskan syarat Tanah Pertanian di Pulau Pinang boleh ditukar kepada Tanah Perkuburan Cina sedangakan sudah hampir 30% daripada mukabumi Pulau Pinang didominasi oleh jirat Cina. Sedangkan orang Melayu terus kekurangan Tanah Perkuburan Islam.
  21. Lim Guan Eng mengarahkan gerai-gerai kepunyaan peniaga kecil Melayu yang melakukan kesalahan dirobohkan pada setiap masa.
  22. Pembangunan marina,hotel mewah dan resort di Pulau Betong akan menghalau Melayu Balik Pulau keluar dari kawasan tersebut.
  23. Banyak janji dalam manifesto Pakatan yang hanya tinggal janji. Pakatan berbohong kepada rakyat. Dahulu mereka berjanji akan memberi RM6,000 setahun kepada rakyat yang berpendapatan rendah, tetapi apa yang diumumkan, hanya RM100 bermula tahun depan.
  24. Warga emas yang diarahkan mendaftarkan diri untuk diberi bantuan hanya diberi sekampit beras 10 kilo.
  25. Lim Guan Eng dan pemimpin kanan DAP lain jelas menolak usaha PAS memperjuangkan konsep Negara Islam dan tidak menghormati umat Islam. Tetapi, PAS dilihat begitu terhegeh-hegeh hendak bbersahabat dengan syaitan ehhh DAP.
Renung-renungkanlah.

Read more...

Chua Jui Meng Melampau

Ini maklumat yang penulis terima daripada sahabat penulis yang mendengar ceramah Chua Jui Meng semalam.

Chua Jui Meng telah berkata

"Melayu UMNO Babi"
yang disambut riang sorak sorai gembira oleh melayu-melayu PAS yang tak sedar diri.

Dasar tak sedar diri oleh orang macam Chua Jui Meng ni.

Pada orang-orang PAS yang riang ria gembira mcam nak raya tu... sedarlah diri... hangpa suka na orang cina kata lagu tu kat orang kita! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Terima kasih la kepada Chua Jui Meng Tak Sedar Diri tu. kerana mendedahkan sikap sebenaq hang!!!!

Read more...

Sunday, August 23, 2009

Kenapa umat Islam berpecah?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

Berpecah kerana politik
CUBA bayangkan senario ini, sempena Ramadan, pada malam terakhir kempen Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir, solat tarawih perdana diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja oleh semua pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan Pas yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu tetapi juga kedua-dua calon yang bertanding.

Mereka bersolat bersama-sama dan kemudian bermaaf-maafan. Mereka meninggalkan majlis itu dengan fikiran yang lapang dan tali persaudaraan Islam sesama mereka semakin erat, biarpun mereka berbeza parti dan akan bertarung dalam pilihan raya.

Mungkin senario ini, jika dibayangkan nampak indah dan menarik, siapa yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu padu dan meningkatkan ukhuwah Islamiah sesama mereka. Tetapi buat masa ini, kita hanya mampu membayangkan sahaja, apa yang dicatatkan tidak mungkin akan menjadi kenyataan, biarpun itulah sikap terbaik bagi melambangkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Sebenarnya, kita sudah bosan untuk menyebut soal penyatuan Melayu, malah kita juga sudah malas untuk membincangkan soal perpaduan umat Islam di negara ini. Ia berlaku kerana setakat ini apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, umat Islam terus berpecah belah dan lebih buruk dari semasa ke semasa semakin banyak pula kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin politik tertentu yang mengecam sesama Islam.

Soal syurga, neraka, Islam plastik, Islam palsu, menyerang peribadi ketika berkempen dan memburukkan-burukkan antara satu sama lain telah menyukarkan kita untuk melihat umat Islam di negara ini bersatu.

Penyatuan ini bukanlah mustahil dan bukanlah sesuatu yang sukar tetapi ia terhalang kerana ada pihak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Bagi mereka, kalau ada unsur-unsur untuk bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan Islam maka ia boleh menjejaskan kedudukan politik mereka.

Pemimpin-pemimpin dalam kelompok berkenaan sanggup mengatakan UMNO mengamalkan Islam palsu dan Islam plastik tetapi yang anehnya mereka tidak pula mempertikaikan apa pula bentuk Islam yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bagaimana pula dengan pendirian DAP, jika ada pihak hendak melaksanakan pemerintahan Islam?

Adalah sesuatu yang malang jika perhitungan politik mengatasi segala-galanya. Demi kuasa politik, demi secebis kedudukan, kita lebih rela bermusuh sesama Islam. Kita keluarkan pelbagai hujah bagi ‘menghalalkan’ tindakan kita mengecam saudara kita sendiri.

Sesungguhnya perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang terutamanya dari segi politik tidak menguntungkan mereka. Sepatutnya sebagai pemimpin beragama Islam, tata susila, etika dan tingkah laku kita adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin bukan Islam.

Apatah lagi kalau ada di kalangan kita sering bercakap soal-soal agama di dalam blog-blog atau memberikan tazkirah serta membaca khutbah Jumaat. Namun apa yang kita saksikan, ketika pemimpin-pemimpin bukan Islam tidak mencaci sesama sendiri biarpun mereka berbeza parti dan bertarung dalam pilihan raya, di kalangan pemimpin Islam pula adalah sebaliknya.

Antara mereka bukan sahaja dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang mengguris perasaan umat Islam yang lain, malah sanggup bergerak siang dan malam untuk memperolehi rahsia peribadi seseorang pemimpin yang kemudiannya akan didedahkan kepada umum. Mereka lakukan itu sebagai modal politik, soal moral berpolitik dalam Islam sudah tidak ada lagi, biarpun mereka melaung-laungkan memperjuangkan Islam dan ingin menegakkan kebenaran tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya.

Kesudahannya orang bukan Islam akan melihat begitulah cara orang Islam berpolitik. Akan ada kelompok yang akan bergembira dengan tingkah laku sedemikian kerana ia akan memecah belahkan umat Islam. Apabila umat Islam berpecah, maka mereka menjadi lemah dan apabila mereka menjadi lemah maka mereka hanya akan menjadi ‘pak turut’ sahaja kerana tiada kuasa politik yang kuat.

Kita sudah lihat contoh di beberapa negeri, apabila ada sesetengah parti tidak mampu bersuara langsung, biarpun ada tindakan oleh rakan-rakan pakatan mereka melanggar prinsip perjuangan namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana suara politik mereka ‘tidak laku’. Kalau mereka hendak bersuara sedikit, semangat yang mereka ditunjukkan itu hanya menjadi `hangat-hangat tahi ayam’ sahaja, mereka akan diam apabila ditegur oleh rakan dalam pakatan.

Tetapi bahana ini masih belum mahu dipelajari oleh sesetengah umat Islam. Bagi mereka, apa yang penting berebut kerusi dalam pilihan raya dan kuasa politik. Soal sama ada perebutan yang berlaku akan melemahkan umat Islam ia adalah soal kedua.

Kita tidak perlu membuang masa untuk bercakap soal kejatuhan empayar Islam dan mengimbas kembali bagaimana orang Melayu dijajah suatu ketika dahulu, semua itu tidak akan menginsafkan puak-puak berkenaan. Apa yang boleh kita peringatkan ialah mereka harus bersedia bertanggungjawab seandainya suatu hari kelak orang Melayu dan umat Islam menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Ketika ini keluarkanlah apa juga kenyataan bagi menyakiti hati sesama Islam demi mencari keuntungan politik dan lodehkanlah apa juga keburukannya musuh politik kita. Mungkin mereka akan berjaya mendapat sokongan politik yang diinginkan, apatah lagi di kalangan penyokong tegar yang taksub tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga sedang menghakis sedikit demi sedikit tembok kekuatan umat Islam di negara ini.

Sehebat manapun kuasa politik yang kita miliki, ia tidak akan mampu menggantikan tali persaudaraan Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan terlalu sombong menolak salam perpaduan yang dihulurkan.

Lagipun apalah gunanya kita bersikap seperti ‘harimau’ kepada saudara seagama tetapi menjadi ‘kucing’ kepada rakan yang bukan seagama dengan kita.

Akibat taksub
Tersedia maklum bagaimana di kalangan masyarakat Cina, ada pertubuhan gabungan sekolah-sekolah Cina yang menjadi tonggak kepada perjuangan pendidikan bahasa Cina.

Dalam memperjuangkan pendidikan Cina, masyarakat Cina bersatu dan bersepakat bahawa sekolah berpengantar bahasa Cina adalah wajib dipertahankan. Tanpa mengira apa pun parti mereka, sama ada MCA, Gerakan, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), orang Cina muafakat bahawa pendidikan pengantar bahasa Cina mesti disokong.

Tetapi lihat umat Islam di negara ini pula. Pernahkah kedengaran adanya pertubuhan gabungan sekolah-sekolah agama Islam yang memperjuangkan pendidikan agama?

Sistem pendidikan agama di negara ini berpecah-pecah menurut negeri. Ada negeri yang mempunyai sistem pendidikan agama yang kemas, sementara yang lain pula tidak tersusun.

Sistem pendidikan agama rakyat pula tidak benar-benar merangkumi seluruh penduduk Islam. Sedangkan sekolah-sekolah agama baik yang berbentuk penuh atau pun secara rakyat yang menggunakan masjid dan surau setempat tidak mendapat perhatian yang padu daripada umat Islam.

Seharusnya gerakan pendidikan agama ini mempunyai pertubuhan gabungan sendiri seperti yang ada pada masyarakat Cina. Soal dana juga wajar dapat diuruskan dengan baik jika terdapat gerakan dan perpaduan yang menyeluruh ini. Sedangkan pendidikan agama ini merupakan tonggak jati diri umat Islam di negara ini.

Dalam hal ini, tanpa mengira apa pun parti politik, sama ada UMNO, Pas mahupun PKR patut menyokong pendidikan agama ini. Ia sebagai salah satu contoh di mana orang Islam wajar bersatu dalam isu bersama tanpa mengira parti sokongan mereka.

Satu lagi contoh ialah tentang kepenggunaan Islam. Maksud di sini, soal-soal kepenggunaan yang berkaitan Islam umpamanya seperti soal halal, dan pembangunan perniagaan Islam seperti yang diperjuangkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tetapi kejayaan perjuangan kepenggunaan Islam hanya benar-benar dapat berkesan jika umat Islam bersatu. Maka dalam hal ini juga umat Islam wajar bersatu tanpa mengira aliran politik mereka, sama ada UMNO, Pas ataupun PKR.

Banyak lagi isu-isu Islam yang menuntut perpaduan di kalangan umat Islam bagi menjayakannya. Tetapi tentunya isu paling besar yang menuntut perpaduan umat Islam bagi menjayakannya ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ini kerana kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam ini menurut perlembagaan negara mesti tegas dipertahankan oleh umat Islam di negara ini tanpa mengira parti politik mereka. Sama ada dari UMNO, Pas atau PKR, orang Islam mesti mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama negara.

Sehubungan itu orang Islam secara umumnya mesti memahami perlembagaan dan kepentingan mempertahankannya demi agama Islam itu sendiri.

Sehubungan itu wajar adanya gerakan di kalangan orang Islam yang menumpukan perhatian bagi mempertahankan perlembagaan.

Seperti juga perjuangan pendidikan agama Islam, kepenggunaan Islam, bagi usaha mempertahankan perlembagaan ini, ia memerlukan perpaduan umat Islam.

Sememangnya untuk memaksa semua orang Islam berada dalam satu parti adalah tidak mungkin. Ini kerana dalam sebuah demokrasi dan terbuka seperti Malaysia, orang Islam tentunya mempunyai fahaman dan fikiran berbeza. Maka tidak hairanlah wujud parti-parti yang berbeza bagi orang Melayu - UMNO, Pas dan PKR.

Tetapi perbezaan fahaman ini tidak wajar meminggirkan perjuangan untuk agama dan ummah. Mereka mungkin bertembung dalam pilihan raya, bersaing untuk memenangi kerusi, berkempen menentang calon di antara satu sama lain, tetapi apabila soal kepentingan agama dan ummah, semua umat Islam mesti bersatu.

Kesetiaan semua orang Islam termasuk parti-parti mereka mesti kepada agama Islam. dan bukannya sekutu-sekutu politik masing-masing.

Maksudnya, ketika bersaing dalam politik, tentunya parti-parti itu menemui satu landasan bersama dengan sekutu-sekutu mereka dari kalangan parti-parti yang dianggotai oleh bukan Islam. Umpamanya dalam Barisan Nasional, UMNO mempunyai sekutu dari MCA, gerakan dan MIC. Sementara dalam Pakatan Rakyat, Pas dan PKR mempunyai sekutu dari kalangan DAP.

Masing-masing mempunyai fahaman dan aliran politik tersendiri yang memungkinkan mereka muafakat dengan sekutu masing-masing untuk bertembung dengan pihak yang lagi satu.

Namun begitu, jika isu Islam timbul, UMNO, Pas dan PKR wajar bekerjasama bagi menjayakannya. Seperti mana apabila isu Cina yang membawa kepada sokongan bersama MCA, Gerakan, DAP dan PKR. Begitu juga apabila timbul isu India yang memungkinkan kerjasama antara MIC, DAP dan PKR.

Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan menuntut keadaan perpaduan yang mencakupi hal-hail lain tetapi berkaitan.

Tentunya kedudukan agama Islam dalam perlembagaan berkait pula dengan kedaulatan negeri-negeri di Malaysia yang meletakkan Raja-raja Melayu sebagai bukan saja ketua agama Islam tetapi pemerintah sebenar negeri-negeri itu.

Jadi apabila umat Islam di negara ini secara keseluruhannya mendokong kedudukan agama Islam sebagai agama negara, maka mereka juga perlu mendokong kedaulatan Raja-raja Melayu.

Dalam hal ini, tentunya UMNO, Pas dan PKR sekata hendak mendokong perlembagaan. Tetapi dalam persaingan politik, timbul tanda-tanda ada pihak mahu mempertikaikan semangat perlembagaan yang ada. Adalah dipercayai perkara ini berlaku kerana kurang kefahaman tentang perlembagaan akibat rasa kebencian kepada parti politik yang memerintah.

Sedangkan pihak yang patut bertanggungjawab mempertahankan perlembagaan bukannya UMNO semata-mata tetapi juga semua umat islam di seluruh negara.

Ummah wajar diutamakan daripada parti politik.

Read more...

Melayu dalam Perlembagaan

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu. Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.
Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-
undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.

Read more...

Pembangkang Semakin Rapuh

ADUN Lunas keluar PKR
23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas. Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan

200 ahli PKR keluar parti

23/08/2009 11:32am
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.
Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan


Posting asal


Jeng jeng jeng...

Penulis dimaklumkan ada sms yang memberitahu adun LUNAS dari PKR telah mengisytiharkan dirinya sebagai adun BEBAS. Salah satu bahagian PKR di Kedah juga telah dibubarkan.

Nampaknya satu persatu ditunjukkan oleh Allah s.w.t selepas keengganan Anwar Al Mangkuki tidak mahu membuat sumpah muhabalah.

Sedarlah akan perkara ini wahai penyokong-penyokong taksub Anwar, PAS!!!

Allahuakbar. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.

Jeng jeng jeng...

Read more...

Saturday, August 22, 2009

1Ramadhan di Permatang Pasir

Semalam, jalan cukup sesak sekitar di Bukit Mertajam. Tinjauan yang dibuat penulis sepanjang petang semalam membawa kepada kemungkinan kerana 1 Ramadhan 1430H. Telahan penulis mengatakan penduduk Pulau Pinang mengambil peluang untuk pulang ke desa tercinta untuk sama-sama meraikan solat terawih pertama. Tinjauan di Jambatan Pulau Pinang juga mendapati kesesakan tahap melampau yang dapat diperhatikan. Kesesakan dari Lebuhraya Jelutong hingga ke sepanjang Jambatan Pulau Pinang pasti menambah rengsa pemandunya. Mujur belum berpuasa. Jika tidak mahunya bekalan air dan kurma perlu ada di dalam setiap kereta.

Pagi ini, cuaca tidak menentu. Sekajap hujan, sekejap panas dan sekarang hujan rahmat terus membasahi bumi Permatang Pasir. Walaubagaimanapun, ianya sedikitpun tidak menghalang jentera BN terus menggerakkan aktiviti dan program.

Pagi ini, telah berlangsung Tadarus Al-Quran di Rumah Johor. Kini, aktiviti gotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan di sekitar Taman Penanti giat dijalankan. Semoga usaha kita dirahmati Ilahi di dalam Bulan Ramadhan ini. Amin













Read more...

Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz Menyeleweng... Bertaubatlah

Terima kasih kepada TV3 yang memperdengarkan rakaman ucapan Nik Aziz. Pembangkang nak kata lagi media berbohong?

Posting asal

Hah... kan dah kata dah...
Nik Aziz nampaknya dah jadi Tuan Guru menyeleweng dahh...

Ada yang kata Nik Aziz macam Ayah Pin dah... biaq benaq.

Macam nilah, penulis nak habaq mai pada Nik Aziz, buat-buatlah ehhh jangan buat-buat, bertaubatlah wahai nik aziz.


penyokong taksub Nik Aziz pun, bertaubatlah... sebelum pintu taubat itu tertutup.

Penulis sekali nak ingatkan PAS supaya jangan Peralatkan Agama Sewenangnya... sekadar ingatan. Sementara penulis boleh nak mengingatkan.

Read more...

Masalah Moral Calon BN. Ye Ke?

Ye ke? Siapa sebenarnya yang moralnya bermasalah? meh baca apa yang ada ni na.

Bacaan dipanjangkan dari Blog N11Permatang Pasir

Siapa yang tidak bermoral ???
PAS kata Rohaizat ada masalah moral, tapi macam mana pula dengan :

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu liwatnya?

2. Elizabeth Wong dengan gambar separuh bogelnya dan bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam PKR?

3. Abdul Rashid Rahman (Ketua Dewan Ulama Perlis) yang bercerai dengan isterinya sebab menurut isterinya (dalam mahkamah syariah) suaminya seorang yang panas baran, sering memukul dirinya dan hari-hari mau.

4. Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang di bilik 121 di sebuah hotel di Kota Bharu?


Sudahlah, hentikanlah wahai penceramah PAS, turutilah pesan Tuan Guru supaya jangan menyerang peribadi calon ketika berkempen. Carilah isu lain, kami orang Permatang Pasir mahukan wakil rakyat yang mampu membantu kami membangunkan kampung kami ini.

Rohaizat pun kami akui bukan baik sangat macam nabi tapi sebenarnya kami tahu dia tidak melakukan apa-apa salah dalam isu syarikat guamannya kerana kes itu membabitkan rakan kongsinya dan semua pembayaran berkaitan kes operasi itu sudah dijelaskan.

Rohaizat pun bukannya dituduh di mahkamah jadi macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral. Oleh itu, pada kami Rohaizat adalah calon yang terbaik untuk mewakili DUN Permatang Pasir ini !!!!

Read more...

Taktik Busuk Pembangkang

Panas... Konon diberitakan penduduk di Kg Petani menerima wang palsu dari UMNO/BN!!!

Penulis tak rasa itu kerja UMNO/BN. Penulis dapat merasakan ini kerja pembangkang yang cuba memburukkan UMNO/BN di dalam Pilihanraya kecil pada kali ini. Kalu dilihat gambar2 yang didedahkan... boleh difikirkan logik siapa yang sebenarnya yang cuba memberi wang palsu!

Pembangkang akan buat apa saja... Nuar akan suruh buat apa saja asalkan menang. Pembangkang sedang kepanasan kesan kebangkitan sebenar UMNO di Manek Urai!!!

Allah itu Maha Mengetahui. Kebenaran akan terserlah.

Read more...

Lawatan En Rohaizat ke Rumah UMNO Johor

Pagi ini, sekitar jam 11.00 pagi, Calon Barisan Nasional En Rohaizat Othman telah datang ke Rumah Johor untuk lawatan dan ramah mesra bersama jentera. Kemudian, meneruskan langkah bertemu dengan pengundi di sekitar Taman Penanti. Seorang yang mesra dan tidak lokek dengan senyuman sentiasa mekar dibibirnya. Semoga Allah merestui perjuangan kita semua.








Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Siapa Sebenar Yang Menyimpan Pengundi Hantu???

Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketuanya, Norman Zahalan, yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR, Masirah Che Ani, di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini. Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah. "Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya. Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.
"Kita akan terus mengesan pengundi-pengundi sedemikian," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak. Sementara itu, Masirah berkata bukti itu akan dipanjangkan kepada SPR Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Masih ingat lagi bagaimana penyokong-penyokong PAS menahan bas yang sedang masuk ke Kuala Terengganu pada PRU12 tahun lepas.

Masih ingat lagi bagaimana penyokong-penyokong PKR menahan bas semasa PRK Permatang Pauh tahun sudah.


Tetapi, ternyata mereka gagal membuktikan BN membawa pengundi hantu!

Kini, di Permatang Pasir, PRK ke-7, apakah telah ditunjuk oleh-Nya bahawa mereka-mereka ini sebenaqnya yang menyimpan pengundi hantu??? Hanya hantu-hantu di dalam PR jua yang tahu. Pasti kebenaran akan terserlah. Amin...

Read more...

Anwar memang PM????


YA YA YA YA... Anwar memang bercita-cita mahu menjadi PM sejak dari dulu lagi. Sebenarnya, sejak dia keluar dari penjara, memang dia dah jadi PM pun.... hahahahahahahaha kita tak sedar kot. atau memang kita dah sedar.
Anwar adalah PM = Penyangak Melayu

Read more...

Mai Pikiaq Sat

  1. PAS sudah diberi masa 3 penggal untuk mewakili Permatang Pasir tetapi tiada sebarang perubahan pembangunan yang dibuat oleh BN. Pengundi dikatakan cemburu dengan pembangunan yang pesat di Seberang Jaya.

  2. PAS begitu takut dengan kebangkitan yang belaku di PRK Manek Urai yang lepas. Itu yang Nik Aziz keluar kenyataan bukan-bukan. Lepas tu kalut-kalut nak betul-betulkan kenyataan.

  3. Selain itu, awat depa beriya-iya benar suruh calon BN tarik diri??? Habaq mai pasai pa.

Read more...

Yang Sebenarnya...Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib



KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan
ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.

TEPUK DADA...TANYALAH IMAN.

ini kenyataan hari ini oleh NyanyIK Aziz yang dipetik dari Utusan

KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa kenyataannya semalam hanya merujuk kepada ahli UMNO. Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sesiapa sahaja yang menyokong parti tersebut dan ia tidak kena-mengena dengan Palestin. Penyakit putaq belit Anwar dah berjangkit kat Nik Aziz. Tu lah... kawan lagi dengan Nuar, kan dah jadi cam nuar. Jangan jadi bende hak tu udah la.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti apa yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu, tidak akan diterima Allah. Agaknya pasai tu Kelantan tak maju-maju la kot, pasai Nik Aziz pun dah mengasingkan Iman dalam pemerintahan dia. Dok kata orang Bukan Islam boleh mengata Agama Islam, Allah mencarut, boleh kawan dengan SETANNNNN...

"Saya baca dua surat khabar arus perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya bahawa saya sebut perkataan itu, ini adalah untuk melagakan saya dengan Palestin.

"Perkara kedua adalah ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO, saya guna penyokong UMNO, ahli lain penyokong lain (makna). Memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.

"Jadi mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa melibatkan iman, mustahil akan dapat syurga, usaha UMNO nak sebut Islam tanpa iman mustahil diterima Allah," katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan bagi menjelaskan laporan Bernama yang disiarkan media hari ini.Semalam, beliau dilaporkan berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Dalam pada itu, beliau turut menempelak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana memberikan reaksi terhadap kenyataan tersebut hanya berdasarkan laporan media sahaja.
"Sepatutnya seorang mufti sebelum keluar kenyataan tanya saya dulu untuk mendapatkan gambaran sebenar, surat khabar arus perdana surat khabar UMNO tetapi kalau dia nak buat kenyataan juga itu dia punya pasal," katanya.
Bila mufti mengeluarkan kenyataan yang benar, dia bising pulak. kenapa sebelum Nik Aziz ni kuar kenyataan, boleh tak dia berfikir dulu sebagai seorang ulama!!!

Read more...

Tuesday, August 18, 2009

Apa yang berlaku semalam...PAS = Peralat Agama Sewenangnya

Ini apa yang penulis diberitahu...

Insiden 1-

Semalam, di Permatang Ara... penyokong-penyokong PAS di dok kumpui kat tepi jalan, dok tunggu TPM lalu. Baguih la... meraikan pemimpin negara. TAPI, yang tak baguihnya... depa ni dok maki TPM yang dalam perjalanan ke tempat perjumpaan dengan wanita. depa dok maki TPM dengan kata-kata Celaka TPM. Penulis dimaklumkan ramai jugak penyokong mereka sampaikan polis terpaksa campur tangan.


Insiden 2-

Semalam juga, di Taman Penanti, jentera BN semangat menggantung bendera dan poster. Samseng-samseng PAS ni dok preng preng preng depan depan sambil jerit2 celaka BN... Butuh UMNO... nauzubillah... apa nak jadi dgn penyokong2 PAS ni??? tak de iman ke? tak ingat agama ke??? tapi, apa kita kesah... depa nyer ulama' pemimpin pun sama ja...

PAS suka memaki orang... mencaci orang... mencarut orang... betui dakkk????

PAS ... Peralat Agama Sewenangnya.

Read more...

Tahniah Gobala... Nik Aziz Nyanyuk...

Tahniah penulis ucapkan kepada Ahli Parlimen Padang Serai, Gobala kerana telah berjaya didakwa di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Bercerita tentang Gobala ni, macam-macam blog pembangkang yang penulis layari, semuanya memuat naik video yang menyatakan Gobala dikasari polis. Bukan main lagi ekkk... yang dia nampo muka polis sampai terlucut cermin mata orang tu, korang tak tayang ekk... Terima kasih la kepada Buletin Utama TV3 yang menayangkan insiden awal yang membawa kepada penahanan manusia bernama Gobala atau NgoKbala.

Ni kisah ulama' PAS yang makin nyanyuk... ishhh penulis tak tau la kan... apa kisah penyokong2 PAS sekarang ni bila mursyidul pas depa dok kata lagu tu. Yang taksub memang taksub dan akan menerima bulat2 apa nik aziz kata. Yang lain? ingatlah wahai ahli PAS... mursyidul tu bukan yang menentukan sapa masuk syurga, sapa masuk neraka. Allah Maha Mengetahui. Insaflah ummat sebelum bala diturun oleh-Nya.

Wallahu'alam.

Tepuklah dada, Tanyalah Iman...
<

Read more...

Monday, August 17, 2009

Kisah sehari di PRK Permatang Pasir

Penulis sampai di pusat penamaan calon sekitar jam 10.00 pagi. Agak lewat kerana sampai di Penang sekitar jam 8.30 pagi. Suasana tenang semasa penulis sampai di sana. Perjalanan dari Pulau ke IKBN lancar dengan kawalan oleh pihak berkuasa di beberapa tempat.

Penulis sampai di kawasan penyokong-penyokong BN dengan suasana yang agak tenang. Ini dipercayai mereka sedang menanti waktu pengumuman rasmi oleh SPR untuk calon-calon yang disahkan penyertaan dalam PRK Permatang Pasir. Kalau ikutkan, teringin nak berada di kawasan penyokong pembangkang. Lagi banyak perangai mereka penulis dapat tengok. Dalam kata lain, agaknya makin terserlah kesamsengan mereka agaknya.

Kawasan penyokong PAS agak jauh dari pemerhatian penulis. Memang tidak kedengaran langsung suara-suara provokasi dari mereka. Bagus juga penyokong-penyokong ini dibiarkan jauh di antara satu sama lain. Kalau dekat sekalipun, penulis yakin penyokong BN akan lebih berhemah berbanding dengan penyokong-penyokong fanatik dan samseng pembangkang.

Ramai pemimpin UMNO yang penulis nampak berbual mesra dengan penyokong-penyokong yang terdiri daripada semua parti komponen termasuk KIMMA.

Secara tiba-tiba anggota polis dilihat agak berkejaran ke arah kawasan penyokong pembangkang. Penulis tidak dapat agak apa yang berlaku kerana kawasannya begitu jauh dari kawasan BN. Tetapi, hasil makluman... rupa-rupanya samseng PKR tengah menunjukkan kesamsengannya daaa...

SI Gobala ni ungkal... dah la berada di luar kawasan penyokong sendiri... lepas tu mula provokasi. Pihak polis meminta beliau masuk ke kawasan semula. Dia Tak Nak... lepas tu, polis terpaksa mengambil tindakan kerana dia ingkar. Sesuatu yang mudah. Cikgu suruh diam, anak murid tak nak... cikgu pun denda. Cuba la si Gobala ni ikut arahan pihak keselamatan. Kan senang. Kita nak bersorak untuk parti masing-masing pun best.

Bila melihat semula kepada kejadian ini... sebenarnya, ahli-ahli pembangkang ni sudah mula bersikap kurang hajar. Tidak kira la apa isu yang dibangkitkan, dari isu menghina Islam, isu menuduh SPRM tidak adil, isu Ulama' membenarkan orang Kapiaq menghina ISlam... Penulis cukup hairan di mana pemimpin-pemimpin PAS yang katanya mendukung Islam? Itulah akibat ketaksuban... itulah akibat memperalatkan agama...

Kepada rakan-rakan yang membaca, sampaikanlah kepada orang-orang kita. Nampaknya tanpa kesatuan oleh orang-orang kita, tidak mustahil... tidak mustahil... tidak mustahil... orang kita hanya ada pada nama kampungnya... bajunya... sungainya... bahasanya... tanpa bangsa yang bermaruah...

Doakan kejayaan kami di PRK Permatang Pasir

Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)




Penulis menyokong penuh pengenalan NKRA yang perlu dicapai menjelang akhir 2010. Nampaknya, ruyung sudah dipecahkan. Semoga Menteri-menteri yang dilantik mengetuai setiap bidang dapat memikirkan jalan terbaik untuk 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Read more...

Sunday, July 26, 2009

Iskandar Malaysia terus menjadi model...

Iskandar Malaysia jadi model projek pembangunan di Afrika
26/07/2009 9:50pm


MUNYONYO (Uganda) 26 Julai - Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan utama kawasan selatan di Johor, bakal menjadi model pelaksanaan projek pembangunan di negara-negara Afrika.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam pelaksanaan projek Iskandar Malaysia dengan para peserta Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 yang bermula Ahad.

“Saya akan memperkenalkan projek ini dan saya berharap ia akan menarik minat di kalangan rakan-rakan perkongsian pintar untuk melihat bagaimana pembangunan projek seumpama dapat memberi kesan kepada mereka mengenai pelaburan daripada segi pengalaman bagaimana kami merancang pembangunan di kawasan berkenaan,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan dialog itu. - Bernama

Seronok membaca berita terkini di dalam utusan malaysia malam-malam ni. Nampaknya percaturan Kerajaan membina Iskandar Malaysia bukanlah satu pelaburan yang sia-sia. Sekadar fakta dan makluman, Iskandar Malaysia terletak dalam Parlimen Gelang Patah.

Read more...

Segalanya DAP...

bunyi tajuk lain macam je kali ni.

tapi penulis berminat nak menulis berkaitan dengan DAP parti pemusnah negara ni. Boleh dikatakan ianya berkisar tentang kematian Teoh Beng Hock. Setiausaha Politik kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor (perghhh penulis tidak tahu la di negeri lain, kalau di Johor, EXCO pun cuma ada pembantu khas atau pegawai sahaja. Teruja kot dapat memerintah negeri)

Pertamanya, penulis tidak mahu sibuk-sibuk tentang hal bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajalnya. Hanya yang Esa tahu dan biarlah pihak Polis menjalankan siasatan. Yang menarik perhatin penulis adalah, kemunculan blog baru yang bertajuk "Truth for Teoh Beng Hock". Dari mana dan macam mana blog ini boleh muncul, Wallahu'alam. Tapi, jika diamati isi kandungan blog tersebut, rupanya banyak juga isi kandungan yang berkait rapat dengan penyelewengan, pencurian, persembunyian (3P) DAP yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat marhain di Selangor. Dalam hal ini, penulis nak berterima kasih pula kepada pemilik blog tersebut. Benar, sekurang-kurangnya seandainya benar apa yang ditulis dalam blig tersebut, dapatlah kita ketahui sikap sebenar wakil-wakil rakyat DAP ini. Katanya, isu 3P ini tidak diketahu oleh adik beradik tiri mereka iaitu Peralat Agama Sewenangnya dan Parti Kelentong Rakyat ini. Macam mana tu??? Hahhh Khalis tahu la kot. Takkan la tak tau, tapi buat-buat tak tau... Bacalah lanjut di blog Truth For Teoh Beng Hock.

Perkara kedua, juga melibatkan kes Teoh Beng Hock. Bukan isu apa pun, sekadar isu "sidang media' yang dihadiri oleh Nizar. Alahai... dituduhnya pula media berbohong dalam melaporkan kes dia pegang lilin. Nik Aziz pun tak keluar fatwa apa-apa pulak. Husam tak bagi la kot.

Pendedahan 2 perkara rentetan kematian Teoh Beng Hock mengajak kita berfikir sedalam-dalamnya, sejauh-jauhnya sikap sebenar Pakatan Rapuh ni. Sesungguhnya Kebenaran akan terserlah satu persatu. Hanya Allah Jua yang mengetahui.

Read more...

Friday, April 17, 2009

Maaf...

Atas sebab-sebab tertentu, penghantaran post-post terbaru ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Anwar cuba berdrama lagi!

Berita diambil dari MStar Online

Kejutan Anwar hanya selepas 7 April?

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

SUNGAI PETANI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi.

Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

"Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting.

"Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar.

"Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April).

"Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini.

Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan.

Tindakan itu didakwa telah menyebabkan enam bahagian parti itu termasuk Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok dibubarkan.

Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti.

"Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

-------------------------------------------------------------

1. Ini juga antara drama-drama yang disusun oleh Anwar sejak PRU12 tahun lalu.


2. Satu-persatu janji dilafazkan untuk tidak dikotakan. Jika diamati akan kejutan yang akan dikejutkan selepas 7 April 2009, ianya ternyata sekadar untuk meraih sokongan pengundi.


3. Pengundi harus rasional! Tidak perlu diberi undi untuk Pakatan Remeh! Kejutan tersebut HANYA akan diberitahu jika PR menang ketiga-tiga kerusi.

4. Pengundi akan terkejut andainya salah satu kerusi kalah dan Anwar akan kata "Saya dok kata, saya akan beri kejutan jika kita menang semua tiga kerusi. Memandangkan kita tak menang, saya tangguhkan dulu kejutan tersebut". PR akan tersungkur! Bukan satu, bukan dua, tapi semua kerusi tidak akan dimenangi!

5. Percayalah!!! Anwar akan terus memutar belitkan pemikiran kita selagi cita-citanya tidak tercapai!!!

6. Anwar tidak suka jalan lurus! Di suka membengkokkan jalan yang lurus. Maklumlah orangnya pun tak lurus.

Read more...

Saturday, April 4, 2009

Kembalinya Nakhoda Tersohor...


1. Alhamdulillah. Syukur.

2. Terima kasih Tun kerana memahami hasrat ahli-ahli UMNO yang merasai kesedihan tatkala Tun meninggalkan UMNO Mei tahun lalu.

3. Kehadiran Tun memang dinanti dan dihargai. Kami yakin, kehadiran Tun akan dapat membantu dan memantapkan lagi UMNO di bawah DS Najib Tun Razak.

4. Kedengaran pembangkang mula gusar dan menjadi cacing kepanasan apabila mendengar Tun akan kembali ke UMNO.

5. Ini kerana, mereka telah sedaya upaya mengajak Tun masuk pembangkang, namun, sebagaimana kata Tun "Hati Saya Dalam UMNO"

6. Pembangkanglah yang menjadi juara apabila Tun menegur Pak Lah. Kira jadi penokok tambah la konon.

7. Di Bukit Gantang, PAS sendiri telah mengakui mereka tertinggal di belakang dalam meraih undi orang Melayu berbanding UMNO / BN. Terang lagi bersuluh.

8. Wadah Tebrau yakin bukan setakat orang Melayu,kaum lain juga akan berubah sokongan kepada BN.

9. Semoga DS Najib akan mesra dan terus mesra dengan Tun. Pandangan dan komen Tun memang bernas dan berpandangan jauh demi kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair.

10. Terima kasih Tun.

11. Alhamdulillah. Syukur.

Read more...

Wednesday, April 1, 2009

Kalau dah suka mengutuk... sampai sudah tak boleh nak insaf.

Pas enggan patuh larangan mengenai kenyataan semasa kempen

TAIPING: Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi, menegaskan parti itu tidak akan akur dengan arahan polis yang melarang mana-mana pihak termasuk calon mengeluarkan sebarang kenyataan atau kata-kata yang bersifat menghasut semasa berkempen pada pilihan raya kecil.

"Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," katanya dalam sidang akhbar hariannya di Markas Induk Operasi Pas di Air Kuning di sini, hari ini.

Beliau berkata, arahan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara adalah satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Kita boleh bincang apa sahaja sebenarnya. Tiada had untuk kita membincangkan sesuatu topik dalam negara ini selagi kita mematuhi undang-undang dengan tidak melanggar batas-batas hasutan. Saya rasa rakyat Malaysia adalah bijak dalam membincangkan perkara seperti ini," katanya.

Beliau yang juga seorang peguam, berkata Pas juga sudah memberi arahan kepada penceramah parti itu supaya tidak risau untuk terus membicarakan isu-isu tertentu yang kini dilarang polis kerana berpendapat arahan polis itu sebenarnya suatu perkara yang boleh dicabar dari sudut undang-undang.
----------------------------------------------------------------------------------------
Begitulah orang-orang PAS, mereka memang sudah sebati dengan kutuk-mengutuk, keji-mengeji, kata-mengata, khususnya kepada orang UMNO. UMNO pernah dikafirkan oleh PAS!

Modal mereka hanya untuk menarik minat pengundi dengan mencaci UMNO! Sudahlah bersengkongkol dengan DAP selama 11 bulan! Ngeh pula berkata kononnya Nizar bukan boneka DAP! TIPU!!! Boneka itu apa katanya... Alahai... drama dan lakonan tetap diteruskan.

Read more...

Monday, March 30, 2009

Rumah UMNO menanti penghuni baru


1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

Read more...

Monday, March 23, 2009

Bermulanya Persidangan UMNO

Harap-harap dengan kepimpinan yang baru ini dapat menyatu padukan semula semangat dan ikatan orang melayu yang 'SEMAKIN TERUK', melayu sesama melayu bergaduh, bangsa asing bertepuk tangan dan senyum melihat orang melayu yang semakin tidak sedar, bahawa diri mereka sedang ditertawakan....Bangkitlah orang melayu jangan asyik bertelagah, orang lain sedang melihat kelakuan kita, anak-anak muda tolonglah jangan khayal dengan kesenangan yang ada sekarang bangkit dan sambunglah perjuangan datuk nenek moyang kita. Tanpa mereka siapalah kita.....Kepada calon-calon yang akan bertanding good luck setiap orang calon mempunyai matlamat masing-masing, kepada perwakilan pilihlah calon yang terbaik untuk rakyat dan negara......'NEGARA MAJU KERANA PEMIMPIN, RAKYAT BAHAGIA KERANA KEPIMPINAN'...

Read more...

Tuesday, March 17, 2009

Satu Keluarga, Satu Ideologi, Mulut Lain-lain... Dah Nasib Badan...


Akibat kelancangan mulut!!!


17 Mac 2009 pasti akan diingati oleh dua beranak dari keluarga yang mempunyai latarbelakang undang-undang.

Nombor Satu

Hari ini, Karpal Singh, bapa kepada Gobind Singh, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar yang dilakukan berkaitan dengan Sultan Perak di pejabatnya Tetuan Karpal Singah & Co, No 67, Jalan Pudu Lama antara jam 12 tengahari dan 12.30 petang pada 6 Februari lalu.

Karpal didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000.00 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Karpal diwakili 13 orang peguam termasuk 4 orang anaknya. Karpal tidak mengaku bersalah.


Nombor Dua

Hari ini adalah hari pertama. Ada 364 hari lagi untuk Gobind Singh,anak kepada Karpal Singh, kembali ke sidang Dewan setelah digantung selama 12 bulan.

Sudahlah tidak dibenarkan hadir, elaun dan kemudahan Ahli Parlimen juga tidak akan diterima sepanjang tempoh tersebut. Hai la badan...

Tindakan tersebut diambil ekoran dua kenyataan Gobind yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan selain menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Nak bekerjasama pun susah...

Pakatan tetap 3 syarat bekerjasama dengan BN: Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meletakkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


----------------------------------------------------------------------------------

Begitulah kalau dah nama pembangkang, kita nak mereka bekerjasama, tetapi siap nak letak syarat pulak. Kenapa nak bersyarat pulak? Nak membela nasib rakyat ke nak menjaga kantung sendiri? Nauzubillah... Kami berharaplah agar Kerajaan tidak tunduk kepada desakan mereka. Ini adalah skrip terbaru Pembangkang dan Anwar khususnya. Nasib rakyat akan terbela selagi UMNO dan BN menerajui negara.

Fitnah dan kezaliman melalui media massa minta dihentikan? Abis... fitnah yang pembangkang buat dalam harakahdaily, suara keadilan macammana? bukan fitnah ke?

Bubar DUN Perak? Lupakah? Sultan Perak yang berhak membubarkan DUN Perak, bukan BN... Bukan DS Najib...

Ini semua agenda pembangkang untuk melemahkan Kerajaan BN.

Read more...

Friday, February 27, 2009

PENJENAMAAN SEMULA JALAN TRUS

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kawasan berkenaan yang mempunyai Masjid India, Tokong Cina, Kuil Hindu, Kuil Sikh serta Gereja mula dibangunkan ketika zaman Sultan Ibrahim. Beliau berkata "Adalah lebih baik, kerajaan negeri atau IRDA mencatikkan kawasan ini, dengan menaik taraf laluan pejalan kaki, membaik pulih bangunannya serta membina papan tanda lengkap dengan sejrah setiap bangunan berkenaan". Beliau juga berkata, pembangunan Iskandar Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) perlu menumpukan kepada tarikan pelancongan selain keselamatan. Katanya, satu kesilapan jika pembangunan koridor ekonomi berkenaan hanya ditumpukan di Nusajaya sedangkan, di pusat bandar mempunyai lebih banyak prospek.

Read more...

Peloton

Tentang Suara Bangsa

Suara Bangsa tampil ke depan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Tiada apa yang mampu menghalang kami dari mempertahankan Alif Ba dan Ta.

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP