Friday, February 27, 2009

PENJENAMAAN SEMULA JALAN TRUS

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kawasan berkenaan yang mempunyai Masjid India, Tokong Cina, Kuil Hindu, Kuil Sikh serta Gereja mula dibangunkan ketika zaman Sultan Ibrahim. Beliau berkata "Adalah lebih baik, kerajaan negeri atau IRDA mencatikkan kawasan ini, dengan menaik taraf laluan pejalan kaki, membaik pulih bangunannya serta membina papan tanda lengkap dengan sejrah setiap bangunan berkenaan". Beliau juga berkata, pembangunan Iskandar Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) perlu menumpukan kepada tarikan pelancongan selain keselamatan. Katanya, satu kesilapan jika pembangunan koridor ekonomi berkenaan hanya ditumpukan di Nusajaya sedangkan, di pusat bandar mempunyai lebih banyak prospek.

Read more...

Thursday, February 26, 2009

Berkongsi mengenai isu di Perak

Kami baru menerima sedikit info berkaitan dengan isu politik di Perak.

"Jika Menteri Besar hilang kepercayaan sebahagian besar ahli DUN, maka Menteri Besar:-

a. hendaklah mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK);
atau
b. mohon DYMM Tuanku bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)."

Soalan 1:

Bagaimana DYMNN Tuanku boleh tahu MB telah hilang kepercayaan?

Jawapan:
DYMM Tuanku boleh:
a. Memanggil ADUN-ADUN untuk mendapatkan pengesahan jumlah/bilangan; ATAU
b. Memanggil sidang DUN untuk usul undi tidak percaya terhadap MB
{Fasal 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan}

Soalan 2:
Mestikah DYMM Tuanku perkenankan permohonan pembubaran DUN?

Jawapan:
Tidak. Ia tertakluk kepada budi bicara mutlak Tuanku untuk menerima atau menolak.
{Fasal 18(2)(b)Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan}

Soalan 3:

Jika MB enggan letak jawatan?

Jawapan:
MB tiada pilihan kerana sebaik sahaja perlantikan MB baru, secara automatik jawatan tersebut lucut sebab perlembagaan memperuntukkan hanya seorang MB sahaja.

Soalan 4:

BN 28, PR 28 dan Bebas 3 - di mana yang dikatakan BN mendapat majoriti?

Jawapan:

Majoriti tidak berdasarkan parti tetapi bilangan ahli DUN
{Fasal 16(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan}

Read more...

Sejarah Perlembagaan Persekutuan


Idea Raja Berperlembagaan lahir daripada cadangan Suruhanjaya Reid (1956). Suruhanjaya ini diberi mandat untuk menggubal Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu seperti termaktub dalam Perjanjian London 1956.

Di antara cadangan dikemukakan ialah negara hendaklah berlandaskan prinsip demokrasi, mewujudkan sebuah Kerajaan Pusat dan Raja Berperlembagaan.

Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957 dan Parlimen British menerima cadangan itu pada Mei 1957. Ia kemudiannya disahkan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957.

Sebenarnya, idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada 1895. Undang-undang terbabit menyerap unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan.

Misalnya, dalam aspek pentadbiran negeri, Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.

Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati, maka pada 18 Januari 1993 kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman.

Rakyat perlu juga dilindungi daripada dianiaya atau dizalimi oleh Raja. Pastinya, kita tidak mahu berlaku seperti dicatat dalam kitab Sejarah Melayu mengenai Raja Muhammad, anak Sultan Mansur Shah membunuh Tun Besar hanya disebabkan destarnya tercampak ditimpa bola raga yang disepak oleh Tun Besar.

Akibat tindakan zalim anak raja itu, rakyat Melaka tidak sanggup berajakan putera berwatak ganas itu seperti diungkap Bendahara: 'Hamba Melayu tiada pernah durhaka, tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini". Malah, Sultan Mansur Syah tidak menyebelahi anaknya. Baginda bertitah: 'Celakalah si Muhammad ini. Hai Muhammad, apalah dayaku, engkau ditolak bumi Melaka".

Apa pun, kita tidak mahu institusi raja berpindah ke muzium seni dan budaya seperti diungkap Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Justeru, kefahaman rakyat terhadap Raja Berperlembagaan mestilah jelas. Anggapan bahawa peranan Raja hanya bersifat 'ceremonial' atau sebagai simbol untuk keraian semata-mata adalah tersasar daripada peranannya yang sebenar. Peranan institusi Raja di negara kita jauh berbeza dengan Raja di England apabila fungsi Queen adalah sepenuhnya berbentuk 'ceremonial'.

Di sisi yang lain pula, Raja kita berbeza dengan kedudukan Raja di Arab Saudi iaitu Raja di negeri terbabit memiliki kuasa eksekutif dan kuasa mutlak yang tidak boleh dipersoalkan langsung.

Di negara kita, Raja mempunyai kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan tetapi menjalankan tugas serta mengambil tindakan di atas nasihat Perdana Menteri (Menteri Besar untuk negeri).

Artikel 38 (4) jelas menyatakan bahawa keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Sultan dan Raja bukan ahli politik yang sentiasa menonjol diri di pentas politik. Namun, dalam sejarah tanah air, institusi Raja memainkan peranan cukup penting dalam mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu.

Sejarah membuktikan bahawa di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Majlis Raja-Raja diberi kuasa untuk meneliti pelbagai perkara berkenaan pentadbiran Kerajaan Persekutuan ketika itu. Raja seolah-olah bertindak sebagai wakil kepada rakyat untuk mengimbangi kuasa British waktu itu.

Beberapa institusi Melayu yang wujud hari ini seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja adalah diperjuangkan oleh Raja Melayu kerana ketika itu parti politik Melayu belum wujud. Perkara terbabit adalah identiti dan jati diri negara yang dimaktubkan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Justeru, cubaan mempertikai, apalagi cubaan menghapuskannya adalah suatu usaha jahat yang harus ditentang. Perlembagaan yang ada hari ini juga meletakkan peranan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa tertentu berdasarkan bidang kuasa diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 38(2) dan beberapa peruntukan lain.

Lebih jauh daripada itu, Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan mengizinkan Raja-Raja membincangkan apa saja hal berkepentingan nasional. Namun, baginda ada caranya tersendiri. Misalnya, pada setiap kali sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, maka titah ucapan baginda turut menyentuh perkara berkaitan hal nasional termasuk menegur hal berkaitan pentadbiran kerajaan yang kemudiannya akan dibahas oleh ahli Dewan Rakyat.

Selaku institusi yang bertindak sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (Artikel 32), maka tidak wajar bagi mana-mana pihak mempersoalkan kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja, apatah lagi bersikap biadab dan tidak berakhlak terhadap baginda.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memayungi seluruh rakyat dan negeri di dalam persekutuan dan kedudukan Sultan-Sultan sebagai ketua negeri dan pelindung kepada rakyat harus dihormati semua pihak. Jangan kerana kebencian politik, maka Sultan dan Raja-Raja Melayu dicaci dan dihina.

Sayugia diingat, dengan ada institusi Raja inilah, maka negeri yang ada dalam persekutuan menikmati kestabilan, kemakmuran dan pembangunan. Raja juga adalah lambang kedaulatan negara. Kesetiaan kepada Raja dan negara adalah sebahagian daripada konsep 'kedaulatan' yang sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pencapaian dan keagungan Melaka sebagai pusat politik kesultanan Melayu dikaitkan secara langsung dengan kuasa, keperibadian dan wibawa Raja. Dari sini lahirlah lafaz kalimat 'daulat Tuanku' iaitu istilah konseptual dalam budaya dan politik Melayu. Yang nyata, proses dan organisasi pentadbiran kerajaan Kesultanan Melaka atau mana-mana kesultanan Melayu ketika itu akan berjalan dengan licin dan lancar apabila kuasa dan wibawa Raja dilaksana dengan baik.

- BERITA HARIAN

Read more...

Kapal Sing makin melampau...

dipetik dari bahrian.com.my
Karpal (Singh is King) maki Pemuda


KUALA LUMPUR: Sikap biadap Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berlarutan di Dewan Rakyat, semalam, apabila Pengerusi DAP itu berulang kali memaki Pemuda Umno sebagai 'celaka' sebelum menarik balik perkataan itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang menuduh pergerakan berkenaan mengugutnya dengan menghantar dua peluru, juga dengan angkuh memberi amaran kepada Pemuda Umno supaya tidak memperlekehkannya.

"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya.

"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng.

Sekurang-kurangnya tiga kali Karpal menyebut celaka yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum menarik balik perkataan itu selepas diarahkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Terdahulu, tindakan Karpal menggunakan perkataan celaka dan menuduh Pemuda Umno menghantar peluru kepadanya, menghangatkan Dewan apabila dibantah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), terutama yang mewakili Pemuda Umno.

Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) meminta Karpal menarik balik perkataan itu, manakala Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) meminta pemimpin DAP itu mengemukakan bukti yang Pemuda Umno menghantar peluru berkenaan.

Kelakuan Karpal turut dibantah Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) hingga Kiandee terpaksa menenangkan keadaan.

"Saya tak nak dengar lagi `celaka', sepatutnya (perkataan itu) tidak dipakai," kata Kiandee, tetapi Pengerusi DAP itu menegaskan beliau ada hak untuk bercakap dan tidak mahu diganggu sesiapa dalam perbahasannya.

"Ini perkara benar, saya tak mahu sesiapa ganggu saya... saya ada hak untuk cakap... Pemuda Umno adalah celaka," kata Karpal sebelum sekali lagi diminta oleh Timbalan Speaker supaya menarik balik perkataan berkenaan.

"Minta tarik balik `celaka'... saya sudah minta jangan sebut, tapi masih lagi keluar perkataan itu... itu saja," kata Kiandee sebelum Karpal akur dan memberitahu beliau tiada masalah menarik balik perkataan berkenaan.

Karpal berkata, semua laporan polis yang dibuat terhadapnya berpunca daripada kenyataannya bahawa Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah berdasarkan peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan.

"Seratus laporan polis kerana saya katakan Sultan Perak boleh dibawa ke mahkamah. Tak payah laporan polis, baca Perlembagaan," katanya sambil menjelaskan kandungan Perkara 181(2) berkenaan.

Beliau juga mengulangi desakan supaya Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi segera meletak jawatan kerana didakwa terbabit rasuah. Beliau turut memainkan rakaman audio yang didakwa mengaitkan Zaki dengan perlakuan itu.

"Saya buat laporan pada 13 November 2008, tetapi sampai kini tiada siapa yang datang, sama ada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ambil keterangan saya," katanya.

Dalam perbahasannya itu, Karpal turut merujuk kenyataannya sebelum ini yang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan beliau tidak mempunyai perselisihan faham dengan Ketua Pembangkang itu yang dianggap masih Ketua Pakatan Rakyat.

Read more...

Wednesday, February 25, 2009

Perjumpaan bersama KP JASA Malaysia


Tempat : Bilik Gerakan JASA Johor
Masa : 2.00 petang

Satu perjumpaan bersama Ketua Pengarah JASA Malaysia, YBhg Dato' Haji Mohamed Amin Haji Salih telah diadakan. Sesi pertemuan ini adalah yang kedua diadakan selepas perjumpaan bersama YBhg Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Abu bin Talib pada 2 Februari 2009.

Perjumpaan semalam juga merupakan hari ke-40, YBhg Pengarah JASA Johor, En Mohammad Bin Haji Abu Bakar menjadi ketua kami di JASA Negeri Johor setelah hampir 10 bulan berada di bawah pentadbiran Pemangku Pengarah.

Perjumpaan semalam lebih kepada majlis suaimesra antara pegawai-pegawai JASA Parlimen dan DUN negeri Johor. Terima kasih kepada Pak Abas dan En Md Hodari yang bangun menyuarakan pandangan.

Antara isu menarik:
  1. Isu taraf kontrak atau tetap
  2. Isu kekosongan pegawai di beberapa DUN dan Parlimen
  3. Isu gerak kerja JASA pada pilihanraya kecil akan datang
  4. Isu pilihan pegawai untuk memilih menjawat jawatan sebagai TETAP atau KONTRAK
  5. Isu perlantikan pegawai 27 ke jawatan 41, 22 ke 27


Apa-apapun, pegawai-pegawai JASA Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato' Ketua Pengarah yang telah singgah menjengah kami. Walaupun, kami menerima notis singkat untuk perjumpaan ini,semua pegawai berjaya memberi komitmen untuk hadir.



Read more...

Tuesday, February 24, 2009

Pilihanraya Kecil


Nampaknya, sejak 2009 menunjukkan dirinya, negara akan berhadap dengan pilihanraya-pilihanraya kecil. dua telah dikenalpasti dan ditetapkan tarikh. 1 bakal ditentukan dalam masa terdekat - kerusi Batang Ai di Sarawak.

3 kerusi lagi masih belum diketahui. 1 kerusi mohon dilepaskan oleh empunya badan. 2 kerusi bakal diketahui tidak lama lagi. Tapi, kami beranggapan bahawa 3 kerusi ini yang berlaku di Lembah Kelang, pasti akan terjadinya Pilihanraya Kecil.

Tetapi... sejauhmanakah perasaan pengundi ya? Jika kerusi dikosongkan akibat kematian, sememangnya ianya tidak dielakkan. Tiada siapa tahu bilakah maut akan menjemput kita. Bagaimana dengan kes yang terpaksa dikosongkan dan kena dikosongkan...

Kita nantikan sahaja...

Kepada pejuang-pejuang agama,bangsa dan nusa, diucapkan selamat berjuang.

Read more...

Tuesday, February 17, 2009

Ribut di Tebrau

Semalam, setelah berbulan2 tidak dituruni hujan rahmat Ilahi, kebanyakan kawasan di dalam daerah Johor Bahru mengalami hujan yang lebat beserta ribut dan angin kencang.

Semalam beberapa kg di DUN Tiram mengalami ribut yang agak dahsyat. Disertakan beberapa keping gambar.
Statistik:-

Kg Sentosa Barat - 45 buah rumah
Kg Sentosa - 41 buah rumah
Kg Sentosa Damai - 15 buah rumah
Cahaya Baru - 50 buah rumah dan 10 buah kedai

Sekolah Agama Cahaya Baru, Sek Keb Kopok, Surau dan Makmal sekolah juga terjejas akibat ribut tersebut.

Sekian.

Read more...

Peloton

Tentang Suara Bangsa

Suara Bangsa tampil ke depan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Tiada apa yang mampu menghalang kami dari mempertahankan Alif Ba dan Ta.

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP