Wednesday, August 19, 2009

Siapa Sebenar Yang Menyimpan Pengundi Hantu???

Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketuanya, Norman Zahalan, yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR, Masirah Che Ani, di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini. Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah. "Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya. Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.
"Kita akan terus mengesan pengundi-pengundi sedemikian," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak. Sementara itu, Masirah berkata bukti itu akan dipanjangkan kepada SPR Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Masih ingat lagi bagaimana penyokong-penyokong PAS menahan bas yang sedang masuk ke Kuala Terengganu pada PRU12 tahun lepas.

Masih ingat lagi bagaimana penyokong-penyokong PKR menahan bas semasa PRK Permatang Pauh tahun sudah.


Tetapi, ternyata mereka gagal membuktikan BN membawa pengundi hantu!

Kini, di Permatang Pasir, PRK ke-7, apakah telah ditunjuk oleh-Nya bahawa mereka-mereka ini sebenaqnya yang menyimpan pengundi hantu??? Hanya hantu-hantu di dalam PR jua yang tahu. Pasti kebenaran akan terserlah. Amin...

0 komentar:

Post a Comment

Peloton

Tentang Suara Bangsa

Suara Bangsa tampil ke depan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta. Tiada apa yang mampu menghalang kami dari mempertahankan Alif Ba dan Ta.

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP